Friday, January 2, 2009

INGIN MENGADAKAN BENGKEL ?












BENGKEL MEMBUAT BONEKA , TEHNIK BERCERITA DAN MENGENDALIKAN AKTIVITI PERSEMBAHAN UNTUK GURU TADIKA
Bercerita merupakan salah satu aktiviti aktivit penting untuk kanak-kanak . Pengasuh Taska harus peka , kreatif dan berilmu dalam mengendalikan pekara ini . Namun hal ini tidak dapat dilaksakan atas beberapa sebab diantaranya pengasuh kurang mendapat pendedahan dalam tehnik bercerita , memilih cerita , membuat boneka dan mengadakan persembahan boneka .

Objektif Bengkel

1 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengasuh Taska supaya dapat mengendalikan aktiviti bercerita dengan berkesan , menghibur dan memdidik .
2 Membuat boneka dari bahan buangan dan mengendalikanya.
3 Memasukkan unsur unsur krikulum pendidkan awal dalam persembahan mereka agar ia kelihatan menarik , mudah dan mampu menarik minat kanak-kanak pada amal persekolahan kelak .
4 Menarik minat kanak-kanak , guru dan ibubapa terhadap aktiviti bercerita .


Matlamat Bengkel

Peserta dapat mengendalikan tehnik bercerita sebagai cara membantu meningkatkan pembelajaran kanak-kanak .
Peserta juga dapat mempelajari cara cara membuat boneka , mengendalikan sebuah persembahan .
Melatih peserta menjadi lebih kreatif agar anak didik mereka akan lebih kreatif , inovatif dan berani .


Peserta Bengkel
Ahli Persatuan , Pemilik Taska , Pengasuh .dan ibubapa

Masa . tempat dan tarikh Bengkel
Akan ditentukan oleh pihak penganjur

Fasilitator / pembimbing :-
Tenaga pengajar terdiri dari :
Yusof Gajah
Zakiah Mohd Isa
Nur Azmi
Nur Yusniza




Bengkel ini menawarkan kepada peserta cara cara membuat boneka yang mudah hinggalah boneka yang agak rumit.

Tehnik bercerita yang akan diajar dalam bengkel ini

Bercerita sambil berdrama / tonasi vokal
Bercerita dengan mengunakan buku bergambar
bercerita dengan mengunakan lukisan / illustrasi
Bercerita dengan mengunakan props
Bercerita dengan dibantu oleh penonton.
Bercerita sambil menyanyi
Bercerita dengan mengunakan alat musik

Tehnik tehnik introduction / ice breaking

1. Menyanyi
2. senaman
3. lakunan
4. temubual
5. teka teki



Jenis jenis boneka yang akan diajar ialah :

Easy to make puppet
Finger puppet
Mouth puppet

Stick puppet
marionettes
shadow puppet
creative puppet

Bahan bahan yang perlu dibawa oleh peserta ialah :

peralatan menjahit seperti gunting , cutter , gam , benang & jarum
bahan buangan
kain perca
sarung tangan ( kain ) 3 atau pasang
kotak / kadboard


Bahan bahan yang akan disediakan oleh penganjur

kain hitam ( 3 atau 4 meter )
mesin jahit ( kalau ada )
kayu untuk membuat pentas
pa system ( mic ) cd player
sponge





PERTAMA

1 . Pendaftaran
2. Acara Suai Kenal
3. Ceramah “ sessi bercerita dalam usaha membantu kanak-kanak
Senang dan suka membaca “
4. Aktiviti bercerita secara individu .
5. Peserta dibagi dalam kumpulan untuk sessi hari kedua .


KEDUA
1. Bengkel membuat boneka . Peserta diminta membuat boneka
Berdasarkan cerita yang dipilih .
2. latihan persembahan boneka




Anggaran berbelanjaan
Akan diajukan berdasarkan persetujuan diantara pihak kami dengan penganjur .


Kesimpulan

Bengkel ini merupakan pelengkap pada aktiviti aktiviti seni untuk kanak-kanak , Ianya merangkumi seni lukis , lakunan , muzik , tarian dan sastra . Kanak – kanak berhak untok mendapatkan persembahan yang kreatif demi membentuk insan yang berjaya dimasa depan .

No comments:

Post a Comment